sekiranya kami kering poket dia akan belanja makan. Di pejabat ada juga peminatnya. Bila dia ditukar pulang ke Johor Baru dia dianggap penyiar pertama keudara dari studio baru disana. Saya sering mengusiknya fakta itu cacat kerana studio baru itu telah lama kami gunakan untuk membuat laporan Kejohanan Olahraga Malaysia yang berlangsung di Farrer Park, Singapura pada tahun 1965 (diresmikan oleh Yang DiPertuan Agong ketika itu) beberapa hari sebelum Singapura berpisah dari Malaysia. Pasukan kami menghadapi masaalah membuat liputan dari Singapura kerana Radio Singapura enggan membuka pintu kepada kami. Bagi mengatasi masaalah kami menginap di Johor Baru membawa pulang rakaman di Singapura untuk dimuatkan dalam laporan dari studio Johor Baru yang baru siap tapi berfungsi hanya diperingkat ujian. Secara resminya Asiah memang juruhebah pertama keudara disana.
Jarang saya bertemu dengannya sejak dipenghujung karya bila dia memegang jawatan kanan sambil sebuk dengan urusan keluarga. Jawatan terakhirnya ialah Ketua Radio Kuala Lumpur.
DATIN ROHANI JAIS ialah Pembantu Khas kepada Ketua Pengarah Penyiaran sebelum memilih untuk bersara awal. Suaminya ialah bekas Naib-Canselor Universiti Malaya Profesor Dato Dr Zaini yang dikenalinya sejak zaman penuntut suaminya. Sebagai pegawai gunasama, lama juga dia berkhidmat dengan Jabatan Penyiaran. Saya dapati dia seorang yang sangat senang bergaul dan tidak lekang dengan senyuman bila kita berkunjung kepejabat "bos" atau dimana juga. Kualiti yang berharga pada dirinya, dia tidak suka berandaian. Pada hemat saya padanya tiada masaalah yang tidak dapat diselesaikan. Saya juga mendapati dia sangat
popular dikalangan rakan sekerja dan sentiasa dikelilingi mereka diluar waktu bertugas. Difahamkan dia juga adalah tempat mengadu dan mendapat nasihat dikalangan mereka. Maklumlah dikalangan yang mengenalinya dia dipanggil "Kak Ani Besar" bukan kerana saiz (saiznya normal) tetapi kerana dia dilahirkan lebih dulu dan memegang jawatan yang lebih kanan dari "Ani Kecik" yang bertugas ditempat yang sama. Panggilan glamour itu membeza mereka berdua.
HAJI MUTALIB RAUF ialah seorang tokoh dari Bilik Berita walaupon jawatan terakhirnya diluar dari situ di Bahagian Penyelidikan. Dia adalah seorang pakar berita yang disegani. Saya sangat menghormatinya kerana kesabaran dan tutur bahasa yang sangat disenangi. Padanya apa juga masaalah misti ada penyelesaian. Saya sering berjumpanya semasa membaca Berita di Bahagian Melayu dulu ketika dia menjadi Penyunting Berita. Ramai dikalangan taulan tidak mengetahui isterinya ialah Siti Fatimah Noor rakan sekerja dipejabat yang lebih terkenal sebagai pembaca berita handal di TV1 satu ketika dahulu.
Selepas bersara dia "balik kampung" asalnya di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Disana dia banyak terlibat dengan kerja-kerja amal dan kebajikan serta menjadi "perunding anika" hingga dia diberi penghormatan sebagai Jurunikah. Ramai juga kawan-kawan kononnya berhajat menempuhi "pengalaman baru" dibawah tauliahya tetapi semuanya dikatakan tak tergamak kerana "segan" denganya. Begitu kuat sekali